5/12/2009
Selera selerakita


12/25/2008

Yang lama tetap memikat jiwa

Selera selerakita

Orang tua-tua dahulu kala kaya dengan warisan resepi uniknya. Kesemua bahan dalam resepi tu adalah yang terdiri daripada yang mudah diperoleh...boleh didapati di sekitar rumah sahaja dan bebas daripada pencermaran. Namun, resepi-resepi lama semakin hilang ditelan zaman. Aku bangga sebab sempat mempelajari resepi tradisional ini daripada arwah ibuku dan tok molek ku. Bebelkanlah anak-anak kita supaya mereka belajar dan rajin ke dapur tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Takut nanti siang ikan pun terkial-kial.
Pada kesempatan ini aku cuba menurunkan seberapa yang boleh resepi-respi dahulu kala yang memikat jiwa.




Sambal belimbing atau sambal hitam resepi yang
semakin terpinggir namun bagi orang Pahang mungkin mengenali sambal ini.

Nak membuatnya bukan macam sambal biasa.
Bahan paling penting ialah asam jeruknya.
Asam tu sebenarnya
belimbing buluh yang telah direbus bersama garam kasar selama beberapa jam sehingga kering airnya dan belimbing bertukar kehitam-hitaman. Gambar tu asam jeruknya yang sudah siap. Asam tu tahan bertahun-tahun kalau nak masak ambil je. Kalau masak gulai tempoyak ikan patin campur asam tu pehhh pasti terangkat
.....
sedap pepalih kata orang pahang.


Paling aku bangga Tengku Puan Pahang
amat gemari sambal hitam ni.
Cara memasak sambal hitam cukup mudah je.
Bahannya ikan bilis, lada kecil , asam jeruknya , tambah sedikit gula . Sikit aje ya. Tumbuk lada , pas tu ikan bilis kemudian asam jeruknya. Kalau ada durian letak sedikit... fuuhhh sedapnya. Kalau nak goreng sambal tu pun boleh . Tumis bawang besar yang telah dipotong dgn sedikit minyak , pas tu masuk je sambal tadi . Tapi yang ada durian tak sedap digoreng, terus je makan dgn nasi panas


11/25/2008

Indahnya anugerah Ilahi

Selera selerakita